Pesanan Seorang Da'i [6]
Walaupun Islam telah lama bertapak di alam Melayu sejak lebih daripada 500 tahun yang lalu,, bangsa Melayu telah mengambil Islam menjadi aqidahnya,, sehingga takrif “Melayu” kini dalam perlembagaan dikaitkan dengan memeluk agama Islam.. Namun begitu,, sejak Islam mula berkembang dari zaman Rasulullah saw hingga ke hari ini ia sentiasa terus dicabar oleh berbagai-bagai halangan atau rintangan yang cuba menggugat aqidah tawhid..
Cabaran-cabaran tersebut antara lain bertujuan:
- ü Menimbulkan keraguan kepada pemeluknya terhadap kesucian Islam..
- ü Menyalahkan aqidah Islam sehingga penganut-penganutnya menjadi mundur dan lemah di semua bidang pembangunan..
- ü Menggambarkan bahawa umat Islam telah bosan dengan agama yang maha suci dan mula mati pegangannya..
- ü Memecahkan umat Islam sehingga menjadi berpuak-puak,, berparti-parti dan berbangsa-bangsa..
Tulisan ini secara ringkas cuba menganalisa persoalan tersebut sejak zaman permulaan Islam sehinggalah ke hari ini dan kesan yang dialami oleh umat Islam dari segi positif @ negatif dengan tujuan:
- ü Menyedarkan umat Islam terhadap bahaya-bahaya tersebut dan berusaha menghindarkan bahaya-bahaya menurut ajaran dakwah Islamiyyah..
- ü Meningkatkan gerakan dakwah di kalangan umat ke arah perpaduan dan persefahaman di dalam menghadapi isu-isu yang mencabar..
- ü Menguatkan umat Islam di Malaysia khasnya dengan mengukuhkan iman dan perpaduan serta persediaan kebendaan..
Pembinaan keluarga yang bahagia adalah bermula dari aqidah yang benar yang dihayati oleh setiap individu Muslim dan usrah Muslimah.. Bilamana aqidah Islamiyyah telah digugat oleh pelbagai anasir,, jika tidak didedahkan anasir-anasir tersebut,, akibatnya akan berlaku kekaburan kepada generasi Muslim kini dan akan datang sehingga mereka tidak berupaya lagi membezakan “mana yang Islam” dan “mana yang bukan Islam”.. Akibatnya:
- ü Generasi Muslim kabur dengan aqidahnya sendiri..
- ü Berlaku pelarian di kalangan umat Islam dari nilai aqidah Islamiyyah kepada nilai yang salah dan batil..
- ü Membuka ruang yang luas kepada musuh-musuh Islam untuk menyerang umat Islam secara lebih terbuka dan lebih ganas..
- ü Hilang kekuatan umat untuk mempertahankan maruah mereka apabila telah hilang aqidahnya..
Pada zaman permulaan Islam Marhalah Makkiyyah,, Rasulullah saw mendakwahkan ‘aqidah tawhid’ ini kepada penduduk Makkah ke arah empat perkara iaitu:
- i. Aqidah tawhid yang mutlak..
- ii. Beriman kepada hari kiamat..
- iii. Pembersihan jiwa..
- iv. Pemeliharaan Jamaah Muslimin..
Dakwah yang berjalan selama 13 tahun di kota Makkah ini mendapat tentangan yang hebat dari Quraisy dan penduduk kota tersebut pada amnya dalam bentuk penindasan fizikal,, pemulauan,, kepungan ekonomi,, penyiksaan tubuh badan seperti yang dialami oleh Ammar bin Yasir,, Bilal bin Rabbah,, Khabab bin al-Aratt dan lain-lain.. Bentuk penyeksaan fizikal yang seumpama ini samalah seperti yang pernah dialami oleh “ashabul uhduudi” “ashabul kahfi” kaum Firaun yang beriman kepada ajaran Nabi Allah Musa as… Namun penyeksaan ini sama sekali tidak menggugat aqidah mereka,, malah semakin bertambah kukuh dan kental..
Gejala-gejala tersebut bila dihubungkan dengan suasana zaman ini,, kita dapati bahawa peristiwa yang sama sentiasa wujud dari semasa ke semasa menggugat aqidah Islamiyyah apabila golongan taghut dan musuh-musuh Islam mencengkam kehidupan umat Islam di dunia pada hari ini sama ada pada majoriti atau minoriti di kalangan mereka atas alasan politik,, keselamatan negara atau menentang keganasan dan lain-lain dalam bentuk:
- o Membunuh pemimpin Islam..
- o Menyeksa dan memenjarakan mereka..
- o Menyekat pertubuhan-pertubuhan Islam untuk bergerak..
- o Menjadikan umat Islam sebagai pelarian,, fuqara’,, peminta sedekah..
- o Menghalag umat Islam untuk hidup,, beribadat dan bekerja di negara mereka..
Fenomena ini akan dapat dilihat dengan jelas seperti di negara Palestin,, Lubnan,, Eriteria,, India,, negara-negara komunis dan lain-lain.. Gejala-gejala ini memberikan kesan-kesan seperti berikut:
- o Bagi umat Islam yang beriman dan teguh pegangannya kepada Islam menjadikan mereka lebih gigih,, sabar,, tawakal dan memiliki daya pengorbanan yang meningkat..
- o Bagi mereka yang lemah iman menjadikan mereka lesu,, ragu dan lemah daya perjuangan..
- o Bagi mereka yang terbiar dan tidak mempunyai didikan Islam,, suasana tersebut menjadikan mereka terumbang-ambing di antara menjadi komunis atau Kristian atau tidak terikat dengan apa-apa nilai sekalipun..
Pada zaman Marhalah Madaniyyah,, setelah berlaku Hijrah,, Rasulullah saw menetap di Madinah selama 10 tahun dan telah membina antara lain:
- o Masyarakat Islam yang berteraskan kekuatan iman,, kekuatan persaudaraan dan kekutan tentera..
- o negaraIslam yang berdasarkan sistem Ilahi..
- o contoh dakwah yang mantap dan stabil untuk seluruh manusia..
Satu-satunya gejala liar yang dihadapi oleh masyarakat Islam pada zaman ini ialah golongan al-munafiqun yang meresap ke dalam barisan al-mukminun.. Usaha-usaha yang dilakukan oleh al-munafiqun ini antaranya ialah:
- § Memecahbelahkan kesatuan umat Islam..
- § Menimbulkan fitnah terhadap kemuliaan Rasulullah saw..
- § Menimbulkan keraguan terhadap ajaran al-Quran al-Karem..
Semasa berdepan dengan golongan al-munafiqun ini,, umat Islam ketika itu banyak menimba pelajaran dari bermacam-macam peristiwa.. Umpamanya:
- Menguji keimanan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad saw..
- Bagaimana membina kesatuan umat yang cuba dipecahbelahkan oleh golongan al-munafiqun..
- Menguji keimanan umat Islam untuk berkorban dan menghadapi rintangan dalam peperangan..
- Bahawa dengan mengetepi arahan Rasulullah saw,, umat Islam akan berdepan dengan kegagalan dalam perjuangan seperti dalam Peperangan Uhud..
Walau bagaimanapun,, musuh-musuh Islam di Madinah gagal memecahbelahkan masyarakat Islam di kota tersebut,, malah sebaliknya umat Islam dapat pula membuka kota Makkah kerana disiplin Islam yang telah dihayati oleh mereka di bawah pimpinan Rasulullah saw..
Jika gejala-gejala ini dikaitkan dengan suasana hari ini,, kita mendapati bahawa ciri-ciri nifaq yang terkandung di dalam Hadis Rasulullah saw : "Apabila berbicara berdusta,, apabila berjanji mungkir,, dan apabila diamanahkan pecah amanah",, sangat jelas kelihatan di kalangan pemimpin umat Islam,, pegawai-pegawai tinggi dan individu-individu tertentu di semua lapisan masyarakat..
Akibatnya.........
Jika gejala-gejala ini dikaitkan dengan suasana hari ini,, kita mendapati bahawa ciri-ciri nifaq yang terkandung di dalam Hadis Rasulullah saw : "Apabila berbicara berdusta,, apabila berjanji mungkir,, dan apabila diamanahkan pecah amanah",, sangat jelas kelihatan di kalangan pemimpin umat Islam,, pegawai-pegawai tinggi dan individu-individu tertentu di semua lapisan masyarakat..
Akibatnya.........
- Lahirlah pemimpin yang tidak mencerminkan ajaran Islam..
- Pemimpin yang tidak disenangi oleh umat Islam..
- Individu Muslim yang berlagak sebagai musang berbulu ayam untuk kepentingan nafsu dan peribadi..
Kesannya di mata Umum..
- Aqidah Islamiyyah sudah tidak dihormati oleh pemimpin Islam itu sendiri..
- Aqidah Islamiyyah sudah tidak berperanan untuk mengembalikan kemuliaan umat..
- Aqidah Islamiyyah boleh dipergunakan dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi..
- Aqidah Islamiyyah tidak lagi mempunyai kriterianya dibandingkan dengan ajaran-ajaran yang lain..
Gejala-gejala lain yang menggugat Aqidah Islamiyyah setelah kewafatan Baginda Rasulullah saw.....
- Golongan Riddah..
- Golongan Mutanabbi..
- Puak-puak yang timbul kerana perselisihan politik ; Syiah,, Khawarij,, penyokong Ali,, penyokong Muawiyah,, dan lain-lain..
Akibatnya.......
- Tafsiran ayat al-Qur'an mengikut kepentingan golongan..
- Muncul hadis-hadis palsu..
- Perpecahan dan perbalahan antara umat yang membawa pada peperangan dan kehancuran..
- Aliran batiniyyah..
Dengan jatuhnya kerajaan 'Abbasiyyah (750 - 158M),, kerajaan Islam di Sepanyol (752 - 1492M),, kerajaan 'Uthmaniyyah di Turki (1362 - 1516M Imarah,, 1516 - 1924M Khilafah),, negara-negara umat Islam barat dan timur,, satu demi satu jatuh ke tangan penjajah yang di kepalai Kristian dan Komunis.. Kejatuhan ini menimbulkan berbagai-bagai risiko yang ditanggung oleh umat Islam..
- Umat Islam menjadi Kristian seperti di Sepanyol..
- Umat Islam menjadi atheis dan komunis seperti di Albania,, Yugoslavia,, Tukistan dan lain-lain..
- Umat Islam menjadi sekularis seperti Turki dan negara-negara umat Islam yang lain..
- Sistem bukan Islam yang diterapka oleh kuasa penjajahan kepada umat Islam menjadikan aqidah Islamiyyah begelut dengan berbagai-bagai ideologi politik,, falsafah,, pendidikan dan pentadbiran sehingga ajaran itu tersingkir dan terpencil dari pemerintahan negara..
- Umat Islam menjadi jumud dan beku pemikirannya..
- Timbul berbagai-bagai ajaran khurafat dan bid'ah di kalangan umat..
- Timbul perselisihan di kalanga mereka kerana masalah-masalah furu'iyyah..
- Timbul berbagai-bagai ajaran sesat di kalangan umat yang mendakwa sebagai ajaran Islam..
- Timbul berbagai-bagai golongan dan kelompok di kalangan umat yang bergaduh sesama sendiri.. Risiko-risiko yang tidak terbayar dan tidak tertanggung oleh umat Islam sehingga hari ini..
Setelah negara umat Islam merdeka,, satu demi satu aqidah Islamiyyah digugat pula oleh berbagai-bagai aliran pendidikan yang menggunakan nama kajian ilmiah (scientific outlook) yang mempengaruhi sesetengah sarjana Muslim seumpama orientalisme,, kebendaan,, keharusan,, kebangsaan yang sempit,, psikologi Freud dan sebagainya.. Fahaman-fahaman ini pda hakikatnya bertujuan........
- Menolak ketuhanan..
- Menolak nilai-nilai wahyu..
- Menolak nilai moral sejagat dan tidak sejagat..
Natijah dan ajaran-ajaran ini mengakibatkan.......
- Wujudnya individu Muslim yang tidak lagi berpegang kepada ajaran aqidahnya..
- Wujudnya generasi Muslim yang tidak menghiraukan nilai-nilai akhlak Islam..
- Lahirnya keluarga Muslim yang tidak memahami apa itu agama Islam..
- Lahirnya penentangan langsung dari umat Islam terhadap gerakan dakwah Islamiyyah dan sebagainya..
Pada hari ini,, setelah kita memasuki ambang tahun 2010,, gejala-gejala yang menggugat aqidah Islamiyyah dan kehidupan umat Islam bukan semakin berkurangan,, malah semakin bertambah.. Dalam 50 tahun yang terakhir,, semua gejala yang disebutkan ini telah bersatu,, berpadu mengepung umat Islam di segala penjuru.. Ini disenaraikan beberapa peristiwa yang telah berlaku sebelum ini sehingga kini.........
- Kuasa besar dunia memecahbelahkan negara-negara umat Islam kepada blok-blok Timur,, Barat dan Berkecuali..
- Menekan kehidupan beragama di negara-negara komunis sehingga di Bulgaria,, seorang Muslim tidak dibenarkan memakai nama Islam.. Kebanyakan masjid-masjid juga ditutup..
- Peperangan yang berlaku di antara Pakistan Barat dan Pakistan Timur (Bangladesh) mengakibatkan berpuluh-puluh ribu umat Islam kehilangan rumahtangga dan tempat perlindungan di Bangladesh.. Kesempatan ini diambil peluang oleh gerakan mubaligh Kristian dan mengikut laporan yang terakhir (1984),, lebih 100,000 orang umat Islam di sana telah menjadi Kristian..
- Kekuasaan Zionis (Yahudi) menyebabkan umat Islam Palestin menjadi pelarian.. Masjid al-Aqsa jatuh ke tangan Yahudi.. Lebih 40 tahun umat Islam Palestin mengalami pahit maung penderiataan.. Peristiwa ini memberi kesan yang mendalam kepada aqidah Islamiyyah keseluruhannya..
- Umat Islam minoriti ditindas di mana-mana negara seperti di Filipina,, Burma (Myanmar),, India,, Habsyah dan lain-lain..
- Gerakan dakwah diharamkan di kebanyakan negara Islam di Timur Tengah..
- Usaha-usaha mengkuilkan berpuluh-puluh ribu masjid di India..
- Kristianisasi,, sekularisasi dan nativisme seperti yang dihadapi oleh umat Islam di Indonesia..
- Kebuluran,, kefakiran dan ketinggalan tamadun yang dihadapi oleh umat Islam di Afrika iaitu di Sudan,, Somali,, Uganda dan lain-lain kerana bencana alam,, peperangan dan pergolakan politik menyebabkan peluang ini diambil kesempatan oleh Palang Merah antarabangsa,, badan-badan Kristian dan komunis untuk menarik mereka kepada fahaman masing-masing..
- Cadangan untuk memindahkan tulisan Arab dari huruf yang ada sekarang kepada huruf Latin,, meninggalkan fushah al-Qur'an kepada bahasa 'amiyyah dan sekaligus menolak pengajian bahasa Arab yang tradisional.. Walaupun cadangan ini tidak mendapat sambutan menyeluruh,, ia mempunyai implikasi yang besar kepada aqidah Islamiyyah..
- Usaha-usaha mengembalikan sejarah bangsa umat Islam kepada tamadun sebelum Islam sebagai yang perlu dipusakai seprti tamadun pada zaman Firaun kepada bangsa Mesir; 'Ad dan Thamud kepada Iraq,, Syria dan Yaman; Hayam Wuruk,, Patih Gaja Mada dan Borobudur kepada Indonesia; Melayu Hindu kepada Malaysia; peradapan Romawi dan Yunani kepada Libya Tunisia dan lain-lain..
Gejala-gejala liar yang berkembang ini menimbulkan dua keadaan..
Positif...
Positif...
- Menubuhkan Gerakan Islam untuk mengajak umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang luhur dan murni..
- Menaikan semangat Jihad berjuang untuk mempertahankan kemuliaan Islam..
- Gerakan dakwah di merata-rata tempat,, institusi dan pusat pengajian tinggi oleh berbagai-bagai kumpulan dakwah..
- Penerbitan buku-buku,, majalah-majalah dan tulisan-tulisan Islam dalam pelbagai kumpulan dakwah..
- Golongan yang kembali kepada cara hidup Islam dan meninggalkan ciri-ciri yang bertentangan dengan Islam..
- Tuntutan-tuntutan kepada pemerintah supaya Islam dijadikan sistem hidup bernegara..
- Memerangi amalan khurafat dan bid'ah di sesetengah manyarakat Islam..
- Wujud berbagai-bagai seminar,, kongres,, forum,, dialog dan lain-lain yang dianjurkan khusus mengenai soal-soal keislaman politik,, ekonomi,, sosial,, pendidikan,, perundangan dan sebagainya..
- Umat Islam mula dapat melihat dengan jelas di antara ajaran yang Haq dengan ajaran yang Batil..
Negatif..
- Merasa malu dan segan untuk kembali kepada keperibadian Islam..
- Setiap kegiatan yang mengajak kepada Islam dianggap kuno,, fanatik dan sebagainya..
- Merasa megah menghayati nilai-nilai agama selain dari agama Islam..
- Bersikap liberal terhadap ajaran aqidah Islamiyyah..
- Membenci kepada gerakan dakwah..
- Ajaran aqidah Islamiyyah waktu kecemasan sahaja seperti pada waktu kematian,, tahlil arwah dan kegiatan yang bersifat ritual semata-mata..
- Menerima pandangan orientalis melebihi pandangan Ulama Islam sendiri..
- Perundangan Islam tidak layak dijadikan sistem negara..
Sikap negatif ini mencemarkan dan meragut aqidah Islamiyyah yang tersimpan di dada Muslimin dan generasi baru Islam sehingga melahirkan natijah seperti...............................
- Banyak individu Muslim telah menjadi Kristian...
- Aqidah Islamiyyah individu Muslim tidak dapat bertahan dengan cabaran kehidupan moden,, di mana banyak di antara mereka menjadi mulhid,, ibahiy dan sekularis..
- Umat Islam mengambil sikap acuh tidak acuh terhadap gejala-gajala masa kini..
- Melahirkan keluarga multi-aqidah di mana ayah Muslim,, Ibu Kristian dan anak-anak menganut fahaman aqidah mengikut selera masing-masing seperti di Indonesia..
- Mengambil ajaran salah untuk mencari ketenangan jiwa seumpama Subud,, Yoga,, Kebatina Kejawen,, dadah,, arak,, dan ajaran-ajaran batil yang lain..
- Percaya kepada tukang tilik,, tuah permata,, tuah burung,, makam dan kubur sebagai pemberi kebahagiaan dan kecelakaan..
- Mereka bergaduh,, bermusuh dan bertengkar di dalam masalah-masalah furu'iyyah,, sebaliknya tidak bersatu padu dalam hal-hal usuliyyah..
- Mereka mudah diperalatkan oleh musuh Islam sehingga musuh-musuh tersebut berjaya menggambarkan bahawa Islam itu banyak jenisnya.... .... (Islam India,, Islam Arab,, Islam Melayu,, Islam Iran,, Islam Afrika dan lain-lain)
- Puak-puak Islam dilaga-lagakan di antara satu sama lain,, antara negara-negara,, negeri-negeri,, qabilah-qabilah,, parti-parti dan mazhab-mazhab..
Sedikit Cadangan & Harapan Untuk Orang Yang Mempercayai Islam ini Agamanya....
- Seluruh umat Islam diharapkan menyedari bahaya-bahaya yang mengelilingi mereka dalam berbagai-bagai bentuk politik,, ekonomi,, fahaman,, perangkap dan sebagainya..
- Seluruh umat Islam wajib bersatu @ menyatukan barisan dalam menghadapi gejala-gejala tersebut tanpa mengira warna kulit dan aliran politik,, melupakan perselisihan dan segalanya..
- Para cendikiawan Islam yang terdiri daripada pemimpin,, pegawai,, pensyarah,, guru,, dan para pendakwah Islam mestilah memainkan peranan masing-masing ke arah menyedarkan Islam supaya kembali kepada aqidah Islamiyyah yang bersumberkan al-Qur'an dan al-Sunnah Rasulullah saw...
- Menyeru umat Islam untuk kepentingan umat dan Islam semasa umat Islam masih mempunyai kuasa di segala peringkat..
- Para pensyarah,, guru dan tenaga pengajar Muslim yang berkhidmat di semua pusat pendidikan mempunyai peranan yang sangat luas,, peluang yang sangat berharga untuk melahirkan generasi Muslim yang beriman,, bertaqwa dan berdisiplin pada masa hadapan...
MAJULAH ISLAM UNTUK DUNIA...
ALLAHUAKBAR.....!!! ALLAHUAKBAR....!!! ALLAHUAKBAR....!!!
ALLAHUAKBAR.....!!! ALLAHUAKBAR....!!! ALLAHUAKBAR....!!!
0 Responses to "Pesanan Seorang Da'i [6]"
Leave A Comment :