Pesanan Seorang Da'i [7]
PANDANGAN KUFUR DAN IMAN
Sejak berabad2 yang lalu,, Aristotle dan Socrates telah menonjolkan tema yang terkenal,, "Kenallah Dirimu",,, tanpa sebarang panduan yang kuat bagaimana hendak mengenal diri.. Beliau sendiri akhirnya mati akibat meminum racun..
Descartes pula menyebut,, "Aku berfikir sebab itulah aku ada".. Ini adalah suatu konklusi yang tergantung,, menganggap diri sendiri sahaja yang wujud,, seolah2 manusia lain tidak wujud di alam ini.. Mungkin kerana mereka tidak dapat @ tidak mampu berfikir..
Filasuf German,, Nietzche pernah melafazkan,, "Beriman hatiku kepada Tuhan,, kufur otakku terhadapnya,," merupakan suatu dilema yang sering dihadapi oleh golongan yang menjadikan akal dan hawa nafsu sebagai tuhan,, akhirnya mereka mati dalam keadaan panik di tengah2 dilema tersebut tanpa sebarang cara penyelesaian..
Golongan materialis seperti Hegel,, Darwin,, Karl Marx dan lain2 menegaskan bahawa alam dan kehidupan ini adalah "benda" semata2.. Semuanya berlaku dengan kehendak nature dan manusia adalah sebahagian daripada alam yang terjadi dengan sendirinya @ tiba2 @ secara tidak sengaja.. Maka menurut pandangan mereka,, manusia adalah senilai dan setaraf dengan kucing,, anjing,, tikus dan haiwan2 yang lain..
Apa pun hujah yang diberikan oleh ahli2 falsafah,, ahli fikir @ sarjana di bidang masing2 mengenai kedatangan dan kejadian manusia di alam ini,, hujah dan logik mereka sentiasa dipertikaikan oleh mereka sendiri sejak zaman berzaman hingga ke hari ini.. Mereka tidak pernah sepakat dan sependapat mengenai alam dan manusia,, walaupun merka bersungguh2 ke arah menyelesaikan teka teki mengapa manusia wujud di muka bumi ini? Semakin kita ikuti aliran fikiran merka dalam menganalisa masalah2 tersebut,, kita semakin bertambah kabur untuk mendapatkan huraian yang sebenar2 nya...
Mereka cuba menjawab pertanyaan yang penuh misteri mengenai diri mereka sendiri.. Sengal!
Dari mana aku datang?
Mengapa aku wujud di dunia ini?
Kemana aku akan pergi sesudah ini?
Mereka berusaha mencari jawapan kepada pertanyaan ini melalui pelbagai saluran akal,, logik,, dialektika,, hipotesis,, algebra,, sebuah akibat,, geometri ,, agak2,, tekaan dan lain2.. Padahal masalah kehidupan dan kematian,, masalah kewujudan dan keadaan insan di alam ini adalah masalah yang pasti..
Jawapan kepada persoalan tersebut tidak seharusnya dijawab oleh manusia sendiri.. Bukan tugas mereka untuk menjawab dan menganalisanya.. Mereka masing2 tidak berupaya menemui jawapan yang pasti kerana kelemahan dan kealpaan yang wujud pada manusia.. (mahkhluk yang daif)
Hal ini berpunca dari sifat angkuh dan sombong mereka kerana tidak mahu tunduk kepada Hidayah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul sejak zaman berzaman sehingga kepada Rasul yang terakhir... (Nabi Muhammad Saw)
Mereka menolak adanya Allah yang Maha Pencipta.. Mereka enggan menerima adanya para Rasul dan Nabi yang diutus ke alam ini untuk membimbing manusia ke arah kebenaran yang mutlak.. Mereka menolak adanya hari pembalasan.. Mereka menolak adanya alam ghaib dan segala perkara yang berkaitan dengan aqidah tauhid..
Golongan angkuh dan kufur ini punyai pengikut @ kaum yang sama dari golongan mereka @ sealiran pegangan dan juga dari mana2 agama,, yang telah menjadikan mereka menjadi sebahagian daripada mereka..
Di kalangan umat islam sendiri pun banyak yang menjadi penyokong atau peminat golongan ini dan ada pula yang sangat bermegah bersikap begini,,, berasa sombong menyarung pakaian mereka.. Padahal yang berhak menjawab dan menjelaskan persoalan tersebut,,, menghuraikan hakikat kehidupan ini mestilah yang mencitpa manusia dan alam ini sendiri,, iaitu Allah swt,, yang Maha Sarjana @ Berpengetahuan dalam semua perkara..
Kalau manusia sendiri sedar akan kelemahan dan kealpaan,, sudi megingati asal kejadian dari tanah dan air mani,, insaf pada kesudahan akan kembali semula jasadnya menjadi tanah,, tentulah dengan mudah ia akan tunduk kepada hidayat Ilahi dan tidak mudah menerima pandangan holongan tersebut,,, malah ia akan faham bahawa kedatangannya ke alam ini bukanlah secara kebetulan dan bukan lah dengan kehendak dirinya sendiri,, jauh sekali membenarkan pendapat mereka yang mengatakan bahawa kehadiran insan ke dunia ini dengan kehendak nature semata2.. Sebaliknya ia tunduk kepada wahyu Allah swt yang menjelaskan hakikat kejadian insan....
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu saripati daripada tanah .. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah,, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging,, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang,, lalu dengan tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging.. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain.. Maka Maha Suci Allah,, Pencipta yang Paling Baik...
Surah Al-Mu'minun (Ayat 12-14)
0 Responses to "Pesanan Seorang Da'i [7]"
Leave A Comment :