Pesanan Seorang Da'i [5]
PERHUBUNGAN MENERUSI JENDELA SIRAH
RASULULLAH SAW DALAM KAUMNYA
Baginda dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana jahiliyah.. Kaumnya terkenal sebagai manusia yang berhati besar,, keras dan mengikut hawa nagsu.. Mereka megah melakukan kemungkaran dan mengharuskan segala yang haram.. Arak,, judi,, pelacuran,, kemusnahan dan membalas dendam berleluasa di kalangan mereka.. Menyembah berhala,, percaya kepada khurafat,, mengagungkan tradisi yang bertentangan dengan kemurnian akal dan kemuliaan budi adalah perkara biasa.. Tidak ada nilai dan peraturan agama yang dapat mengawal keinginan mereka.. Mereka tenggelam dalam kegelapan nafsu dan kesesatan jahiliyah..
Dalam suasana yang begitu mendesak dan mencemaskan,, Baginda hidup sebagaimana mereka hidup,, makan sebagaimana mereka makan,, minum sebagaimana mereka minum,, pakai sebagaimana mereka pakai.. Baginda hidup di tengah masyarakat kaumnya,, memberi dan menerima,, berjual dan membeli,, musafir dan menetap,, bergembira dan berdukacita,, bekerja dan berehat.. Baginda menyertai sama suasana hidup yang dihadapi mereka,, berperang dan berdamai,, membina dan meruntuh,, berperang dan bermusuh..
Sungguhpun begitu,, Baginda tetap istimewa di kalangan mereka sebagai Al-Amin.. Sejak belum diutus menjadi Rasul,, Baginda sudah masyhur sebagai seorang yang rendah hati,, lemah lembut,, tidak pernah berdusta,, menepati janji,, ikhlas,, jujur,, bersih jiwa,, pemaaf,, pengasihan,, zahid,, tinggi cita-cita,, bijaksana dan luas pergaulan.. Baginda tidak pernah sama sekali di lihat membuang masa dengan melakukan kejahatan,, berjudi,, minum arak,, menyembah berhala dan melakukan kemungkaran yang standard terjadi di zaman jahiliyah..
Perbezaan yang jelas di antara Baginda dengan kaumnya di dalam banyak perkara,, tidak menjejaskan Baginda untuk menyertai mereka,, bekerja dan berusaha di dalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai fadilah.. Malah kehidupan Baginda di kalangan mereka merupakan sebahagian mereka.. Baginda menyertai kaumnya di dalam peperangan al-Fijar,, Khilf al-Fudul,, membina ka’abah dan kerja berniaga..
Kesimpulannya………
Sungguhpun peristiwa-peristiwa ini berlaku sebelum Baginda diutus menjadi Rasul,, tetapi sangat menarik untuk disimpulkan sebagai berikut………
· Hidup di dalam suasana kemungkaran dan kesesatan yang begitu mencabar dan mendesak,, tidak seharusnya kita dihanyutkan oleh arus-arus tersebut.. Kita berupaya untuk mengelaknya..
· Di dalam suasana yang begitu pekat dengan kezaliman,, kesesatan dan kemungkaran,, tidak seharusnya kita memencilkan diri dari masyarakat,, malah kita hendaklah berperanan menunjuk contoh yang baik sehingga menjadi ikutan mereka,, menyertai kegiatan mereka yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam..
· Kita hendaklah sentiasa berhubung dengan mereka berasaskan nilai-nilai aqidah,, syariah dan akhlak Islam..
DAKWAH DAN PERHUBUNGAN
Setelah Baginda diangkat menjadi Rasul dan menerima wahyu pertama,, langkah yang dijalankan ialah mendakwahkan Islam secara rahsia selama tiga tahun dan setelah itu dakwah terbuka kepada seluruh penduduk Makkah.. Ramai penduduk Makkah lelaki dan perempuan beriman dengan risalah Baginda,, tetapi mendapat tentangan hebat dari seluruh pimpinan qabilah Quraisy.. Walau bagaimanapun tentangan tersebut menyebabkan dakwah Islam lebih cepat berkembang di kalangan mereka.. Allah mengurniakan Baginda dan para Sahabat kesabaran yang luar biasa dalam menanggung azab dan cubaan..
Suasana yang begitu menekan menyebabkan sebahagian Muslimin diperintah berhijrah ke Habsyah.. Baginda terus menjalankan dakwah di Makkah dengan halangan,, kemudian ke Taif dengan menerima ejekan dan cacian..
Apabila sampai musim haji,, Baginda berazam menyampaikan dakwah kepada suku-suku qabilah yang datang dari seluruh ceruk rantau ke Makkah.. Baginda menemui qabilah demi qabilah di khemah-khemah mereka,,, (Kindah,, Bani Kalb,, Bani Hanifah,, Bani ‘Amir ibn Sya’sya’ah,, Rabi’ah dan Daus).. Kebanyakan mereka menolak kerana tekanan pemimpin-pemimpin Quraisy..
Pada musim haji yang lain,, datang sekumpulan Khazraj ke Makkah lalu mereka menemui Baginda bilamana mendengar dakwahnya disampaikan kepada suku-suku qabilah.. Mereka beriman dengan risalah Baginda kemudian pulang ke Madinah menyebarkan ajaran Islam kepada seluruh penduduk Madinah.. Perkembangan selanjutnya diikuti pada tahun berikutnya dengan Bai’at al-‘Aqabat al-Ula tahun Nubuwwah yang kedua belas,, seterusnya diikuti dengan Bai’at al-‘Aqabat al-Thani,, dan hijrah..
Kesimpulannya……….
· Di dalam apa suasana sekalipun,, dakwah mestilah terus dijalankan..
· Hendaklah kita mengadakan perhubungan dengan semua lapisan masyarakat terutama di kalangan rakyat bawahan.. Tekanan dan ugutan tidak seharusnya menjadikan dakwah itu tersekat..
· Kesungguhan menghubungi semua pihat mestilah diusahakan individu demi individu,, pemimpin demi pemimpin,, kumpulan demi kumpulan.. Di dalam ramai yang menolak kebenaran,, pasti ada yang menerimanya..
· Kebenaran,, jika ditolak sekalipun,, akan terus berkembang jika kita berusaha untuk mengembangkannya..
· Perhubungan sesama manusia sangatlah penting dalam gerakan dakwah.. Boleh jadi kebenaran ditolak oleh lidah,, tetapi hati telah menerimanya.. Ditentang hari ini,, tetapi diterima esoknya….
PERHUBUNGAN RASULULLAH SAW DI MADINAH
Baginda berhijrah ke Madinah dengan mendapat sambutan dan sanjungan yang sepenuhnya yang tidak pernah dirasai di tanah kelahirannya sendiri (Makkah).. Di Madinah,, Baginda mengatur urusan hidup kaum Muslimin,, membentuk masyarakat contoh yang berasaskan cinta dan persaudaraan,, adil dan persamaan,, jaminan dan kerjasama,, pengorbanan dan keutamaan..
Baginda menegakkan masyarakat Islam di Madinah dengan meletakkan rukunnya iaitu menyusun perhubungan Muslim dengan Allah,, perhubungan sesama Muslim juga yang bukan muslim.. Asas perhubungan pertama adalah ‘ubudiyyah yang ikhlas kerana Allah.. Asas perhubungan kedua adalah persaudaraan kerana Allah.. Dan asas perhubungan ketiga adalah persaudaraan yang berdasarkan kemanusiaan..
Mengenai perhubungan pertama,, Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah menyebut dalam kitabnya,, Zad al-Ma’ad bahawa,,,,,,,,,,,,
“Baginda adalah manusia yang paling sempurna mengingati Allah.. Malah semua percakapannya merupakan mengingati Allah.. Perintah,, larangan dan perundangannya kepada umat juga mengingati Allah.. Penyampaiannya mengenai nama-nama Allah,, sifat-sifat,, huku,, perbuatan,, janji dan amarannya mengingati Allah.. Pujian Baginda kepada Allah dan makhluk Nya ‘tamjid’,, tahmid dan tasbihnya adalah mengingati Tuhannya.. Permohonan,, doa,, kecintaan dan ketakutannya kepada Allah merupakan zikir kepada Nya.. Diam dan membisunya Baginda merupakan zikir hatinya kepada Allah.. Baginda sentiasa mengingati Allah pada setiap ketika dan keadaan.. Zikirnya kepada Allah berlari bersama nafasnya ketika berdiri,, duduk dan mengiringnya… Ketika dalam perjalanan,, berkenderaan,, naik,, turun,, dalam pelayaran dan tempat tinggalnya..”
Mengenai perhubungan yang kedua,, Baginda menjadikan persaudaraan dalam keimanan mengatasi persaudaraan dalam keturunan berdasarkan firman Allah yang bermaksud,,,
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara”… Baginda mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar.. Setiap Muhajirin menjadi saudar a kepada Ansar.. Setiap Ansar mengorbankan rumah dan harta mereka kepada saudaranya Muhajirin sehingga samapai kepada tahap di mana Sa’d ibn al’Rabi’ al-Ansari menawarkan kepada ‘Abdul Rahman ibn ‘Auf salah seorang dari isterinya untuk dikahwininya.. Tetapi bukan semua tawaran tersebut diambil kesempatan oleh Muhajirin,, malah mereka cuba berdikari dengan berniaga,, bertani dan mencari rezeki dengan tenaga dan keringat mereka sendiri..
Orang-orang Ansar telah menunjukkan contoh persaudaraan yang tidak ada tolok bandingnya di dalam sejarah manusia sehingga dirakamkan oleh Allah di dalam al-Qur’an..
“Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum kedatangan mereka (Muhajirin),, mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka.. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin),,, dan mereka mengutamakan (orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri,, sekalipun mereka dalam kesusahan.. Dan siapa yang dipelihara dari kebakhilan dirinya,, mereka itulah orang-orang yang beruntung..” – (Surah al-Hasyr – 9)
Adapun perhubungan ketiga,, iaitu hubungan Muslim dengan bukan Muslim,, Baginda melaksanakannya berdasarkan kepentingan kemanusiaan bersama seperti maksud sabda Baginda,, “Cintailah manusia seluruhnya apa yang engkau cintai kepada dirimu”..
Untuk memenuhi tujuan ini,, Baginda membuatkan satu surat di antara Muhajirin dan Ansar,, menjelaskan di dalamnya kewajipan orang-orang mukmin sesama mereka dalam tolong menolong,, sokong menyokong,, bantu membantu,, dan bertindak terhadap musuh.. Baginda juga menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi di Madinah bahawa hidup mereka terjamin dari tumpahan darah,, harta dan keluarga mereka.. Dan mereka juga bebas menganut agama mereka.. Siapa yang mengikut Muslim dari mereka,, merupakan kemenangan dan contoh dalam Islam dan Muslimin.. Mereka dikehendaki bersama-sama umat Islam mempertahankan kota Madinah dan mengorbankan harta selama mereka diperangi.. Orang-orang Yahudi hendaklah mengeluarkan perbelanjaan mereka,, dan orang-orang Muslim juga mengeluarkan perbelanjaan mereka..
Demikian juga surat tersebut menjelaskan kepada orang-orang Musyrikin Arab bahawa jangan seorang Musyrik pun menyewakan harta dan dirinya kepada Quraisy,, jangan berdagang dan menolong mereka.. Musyrikin Arab dikehendaki mempertahankan Madinah jika diserang.. Perjanjian itu menjamin kebebasan aqidah,, mengeluarkan pendapat,, hijrah dan iqamah.. Menjamin kebebasan jiwa,, harta,, jiran tetangga dan tanahair.. Menjamin pembelaan kepada yang dizalimi,, menentang penyerang dan menolong sesiapa yang ditimpa kemalangan.. Menentang keras setiap kejahatan dan kerosakan dan memberi perlindungan kepada mereka.. Membukakan pintu perdamaian kepada sesiapa sahaja yang ingin berdamai.. Mengajak semua manusia ke arah bekerjasama untuk kebaikan,, bukannya kejahatan,, dan mengambil hukum dan penyelesaian atas semua krisis kepada Allah dan Rasul Nya Muhammad saw…
Kesimpulannya…….
· Perhubungan tidak boleh membeku di suatu tempat sahaja.. Ia mestilah dilakukan pada banyak tempat kerana reaksinya berbeza di antara satu tempat dengan tempat yang lain..
· Setiap anggota gerakan khasnya,, dan Muslim amnya,, mestilah memahami asas-asas perhubungan kita di dalam menjalankan tahap demi tahap dan peringkat demi peringkat..
· Dalam perhubungan insan dengan Tuhannya,, hendaklah merasakan pengawasan Allah terhadap dirinya supaya perkataan,, perbuatan dan gerak geri kehidupannya menunjukkan bahawa ia mendapat kekuatan dari perhubungan tersebut bukan dari perhubungan yang lain..
· Perhubungan kita sesama Muslimi hendaklah berdasarkan kefahaman yang sama,, ditimba dari telaga al-Qur’an dan Sunnah..
· Perhubungan kita dengan manusia yang lain mestilah diteruskan berasaskan kepentingan dan kemuslihatan bersama.. Dan untuk itu,, pengajaran Islam mestilah terus dikembangkan kepada seluruh manusia..
METODE PERHUBUNGAN RASULULLAH SAW
Pelbagai bentuk perhubungan yang dilakukan oleh Baginda saw di dalam penyebaran dakwah Islamiyyah dan pentadbirannya.. Adakalanya Baginda menghantar para Sahabat sebagai utusannya ke negeri-negeri dan qabilah-qabilah,,, umpamanya seperti menghantar Mu’adh bin Jabal ke Yaman dan Umru bin Hazm kepada suku Bani Harith bin Ka’ab.. Ada ketikanya Baginda menghantarkan surat-surat gabenor dan pemimpin-pemimpin menerangkan aqidah Islam,, tugas dan tanggungjawab mereka seperti surat Baginda kepada Khalid bin Walid,, Syahabil bin Abd. Kilal dan lain-lain.. Dalam hubungan ini pula Baginda banyak menerima surat-surat peribadi atau balasan dari mereka..
Kebanyakan surat Baginda,,,,,,,
· Menyebut dan memuji nama Allah..
· Menyatakan kerasulan Baginda..
· Menerangkan aqidah Tawhid..
· Menyeru mereka agar melaksanakan syariat Allah (solat,, zakat,, puasa,, haji)
· Mengajak seluruh manusia kepada kesejahteraan Allah swt..
Boleh dikatakan keseluruhan suku di Semenanjung Arab dihubungi oleh Baginda sama ada melalui surat,, utusan atau peribadi.. Tidak ada janji-janji kebendaan duniawi yang diberikan oleh Baginda kepada mereka melainkan balasan syurga bagi mereka yang taat dan neraka bagi yang ingkar..
Kesimpulannya……
· Perhubungan hendaklah dilaksanakan di dalam semua bentuk samada hubungan peribadi,, surat dan utusan… (rombongan)
· Bentuk perhubungan hendklah menyeluruh kepada semua pihak,, suku,, keturunan,, dalam bentuk ziarah,, lawatan atau pertemuan peribadi..
· Apa pun bentuk perhubungan yang dilakukan kita,, hendaklah jangan lupa menyebut dan membicarakan asas-asas dan konsep ajaran Islam.. Jangan segan,, gentar dan takut memperkatakan kebenaran tersebut kepada sesiapa sahaja mengikut cara-cara dan adabnya..
HUBUNGAN RASULULLAH SAW DENGAN PEMIMPIN LUAR YANG BUKAN ISLAM
Islam diturunkan Allah untuk seluruh manusia.. Rasulullah saw,, Baginda mengajak insan beriman kepada Allah.. Dalam konteks ini,, Baginda bukan sahaja membuat hubungan dengan pemimpin-pemimpin suku qabilah di dalam negeri,, tetapi menulis surat-surat kepada pemimpin,, raja,, pemuka masyarakat dan ketua-ketua luar negeri.. Di antaranya Baginda menghantar surat kepada Najasyi Raja Habsyah,, Herkleus Raja Rom,, Paderi Besar Rom di Qastantin,, Paderi Besar di Najran,, Muqauqis Ketua Qibti Mesir,, Raja Ibruwiz Parsi,, Akbar pemimpin qabilah Abdul Qias di Bahrin dan lain-lain..
Sungguhpun surat-surat tersebut dihantarkan kepada Ketua-ketua Negara dan Suku-suku yang bukan Islam,, tetapi ditulis dengan penuh adab serta menyebut kebesaran dan kemuliaan mereka.. Menyeru mereka kepada agama Allah yang Maha Esa.. Surat-surat mereka dibalas oleh Rasulullah saw dengan jawapan yang jitu dan kemas menerangkan hakikat Islam dan kerasulan Baginda kepada mereka..
Kesimpulannya……..
· Perhubungan bukan sahaja dilakukan pada peringkat harakah,, malah menyeluruh kepada seluruh lapisan masyarakat.. Fokus perhubungan hendaklah ditujukan terutamanya kepada pemimpin-pemimpin mereka,, kerana pendirian kaum terletak pada pendirian ketua mereka..
· Hubungan dengan orang-orang yang bukan Islam jangan lah di abaikan.. Perancangan hendaklah dibuat untuk mendakwahkan mereka kepada Islam di dalam berbagai-bagai bentuk….
· Hubungan dengan mereka terutama dengan pemimpin-pemimpin mereka hendaklah dibuat dengan penuh adab dan budi pekerti…
KESIMPULANNYA
Sebagai seorang Rasul yang diberi kekuatan rohaniyah,, dibekalkan dengan mukjizat,, dan diberi petunjuk wahyu secara lansung dari Allah (melalui Jibril),, Baginda memerlukan masa lebih kurang 23 tahun untuk menyempurnakan ajaran Islam kepada manusia.. Dalam masa tersebut,, Baginda merencana dan menggunakan berbagai-bagai cara untuk menegakkan Islam…..
· Cara rahsia dan terbuka..
· Cara perang dan damai..
· Cara lembut dan kasar
· Cara bertahan dan menyerang..
· Cara membuat perjanjian dan mengadakan pakatan..
· Cara menghantar rombongan dan menerima utusan..
Dalam masa tersebut sehingga sampai akhir hayat nya,, Baginda menempuh berbagai-bagai keadaan,, dibenci dan dikasihani,, dikeji dan di puji,, dimusuhi dan disahabati,, difitnah dan dipertahan,, sehinggalah Islam itu selesai dan sempurna disampaikan kepada manusia.. Dalam hal ini,, semua cara dan ‘metode’ oleh Baginda,, dan kita dituntut mengikuti jejak langkah Baginda dengan penuh kefahaman dan ke’iltizam’an..
0 Responses to "Pesanan Seorang Da'i [5]"
Leave A Comment :