Kolam Air Panas [ii]

Posted by hairilnua on Monday, September 27, 2010

Kolam air panas ini terletak berhadapan dengan IKBN Dusun Tua. Kawasan yang agak terhad dengan terdapat cuma satu kolam air panas yang agak kecil. Kolam ini tidak memungkinkan sesiapa pun mandi kerana tempat yang terbuka dan terletak bersebelahan jalan utama.
Malahan, kolam ini mempunyai tahap kepanasan air yang lebih tinggi. Pengunjung cuma dapat mencelup tangan dan merendam kaki ke dalam kolam.
Amat sesuai untuk destinasi persinggahan jika pergi berkelah di Hulu Langat ini.



Lokasi betul-betul berhadapan dengan IKBN Dusun Tua. Kedudukan kolam terletak di antara sungai dan jalan utama. Jika tidak diperhatikan betul-betul, memang akan terlepas pandang kerana terlindung oleh gerai-gerai di tepi jalan tersebut.
info : dusuntua