Kolam Air Panas [i]

Posted by hairilnua on Monday, September 27, 2010


Kolam air panas di dusun tua batu 16 adalah merupakan kolam air panas yang terhasil dari tindakbalas sulfur dalam tanah. Seperti mana-mana sumber air panas yang lain, ia memberi manfaat yang besar bagi sesetengah individu. Terletak di lokasi yang strategik (walaupun tanah persendirian), ia telah diwakafkan untuk kegunaan orang ramai. Sesiapa sahaja dibenarkan mandi menggunakan air di kolam ini dengan peraturan-peraturan yang mudah.
 Oleh kerana ia bukanlah kolam mandi, tidak ada sesiapa dibenarkan untuk masuk berendam di dalam kolam. Cuma guna gayung dan baldi. Walaupun begitu, memang sangat berbaloi untuk mandi. Keadaan persekitaran dijaga rapi. Terdapat lebih kurang 10 buah pondok wakaf kecil yang dibina bagi memudahkan pengunjung untuk meletakkan barangan.
Bilik persalinan yang seadanya memudahkan lagi sesi persalinan. Kawasan mandi telah diasingkan antara lelaki dan perempuan. Walaupun begitu, sumber air masih dari kolam yang sama. Kawasan ini dibuka setiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 7.30 malam.

Resort Features
  • Tandas luar
  • Tempat mandi / persalinan
  • Tempat solat

Additional Features
  • Pondok Wakaf
 
info : dusuntua