Pesanan Seorang Da'i [3]

Posted by hairilnua on Monday, September 27, 2010



Kitab Suci al-Qur'an al-Karim

Al-Qur'an diturunkan kepada insan seluruhnya merupakan hidayat yang tertinggi sesudah hidayat akal,, hidayat pancaindera dan hidayat "wijdan" yang dianugerahkan Allah swt kepada manusia di dalam dirinya..

"Al-Qur'an merupakan wahyu Allah,, diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui malaikat Jibril,, di dalam bahasa Arab,, merupakan mukjizat; membacanya adalah ibadat dan Allah memelihara kesuciannya.."


Al-Qur'an menjelaskan persoalan aqidah yang berkaitan dengn ketuhanan,, alam ghaib,, kerasulan dan hari kemudian.. 


Dari segi syariat pula al-Qur'an menerangkan segala perkara yang berkenaan dengan ibadat,, sistem kekeluargaan,, ekonomi,, kemasyarakatan,, pemerintahan,, perundangan dan lain-lain..


Dari segi akhlak,, al-Qur'an menghuraikan amar ma'ruf nahi munkar,, sifat-sifat terpuji,, sifat yang terkeji dan kelebihan iman dan keburukan kufur..


Selain itu,, al-Qur'an menjelaskan pula sejarah umat purba,, misalan dan perumpamaan pelbagai bidang,, hal-hal yang berkaitan dengan sunnatullah,, kejadian alam dan peraturannya,, ilmu pengetahuan,, kebesaran dan kekuasaan Allah swt yang meliputi segalanya..


Segala jawapan dan penjelasan al-Qur'an terhadap semua pertanyaan yang timbul dari fikiran manusi sejak wujudnya di alam ini,, adalah penjelasan dan soalan mutlak daripada Allah swt..


Insan dilahirkan ke alam ini adalah kerana perencanaan Allah.. Ia dilahirkan di dalam keadaan tidak tahu.. Ia dibekalkan dengan hidayat 'wijdan' seumpama tangisan,, setelah itu ia dapat menggunakan hidayat pancaindera dan setelah dewasa,, ia dapat pula menggunakan hidayat akal.. Semua alat panduan itu terbatas kuasa dan peranan masing-masing.. Manusia memerlukan hidayat yang lebih tinggi secara langsung daripada pencipta nya sendiri,, Allah swt.. Itulah yand dinamakan hidayat 'al-Din'..


Hidayat 'al-Din' atau hidayat agama yang benar,, menjelaskan rahsia kehidupan insan,, menerangkan jalan-jalan yang mesti dilalui semasa hidup,, menghuraikan peraturan dan undang-undang yang mesti dijalankan di dalam masyarakat,, menetapkan nilai-nilai yang mutlak,, baik dan buruk terhadap kelakuan dan amalan,, menerangkan hakikat kesudahan hayatnya dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan rahsia alam seluruhnya..


Akal manusia yang terbatas,, hidupnya yang sementara,, kelemahan mental dan fizikal insan,, pengalamannya yang tidak mutlak untuk dijadikan satu ukuran dan nilai kepada manusia lain,, sudah pasti tidak mampu menjawab semua soalan tersebut dan mengetahui rahsia kehidupan dan kematian yang di luar jangkauan kemampuannya.. Sekalipun diandaikan bahawa seluruh satu dunia bersepakat untuk meneroka ke arah menggarap soalan tersebut silih berganti,, perseorang @ berkumpulan,, sepanjang zaman sama sekali tidak akan sampai dan tidak selesai.. Jalan paling mudah dan paling selamat ialah tunduk kepada wahyu,, tunduk kepada pimpinan Rasul,, tunduk kepada petunjuk al-Qur'an,, itulah yang dinamakan hidayat Islam,, hidayat Ilahi @ disebut hidayat 'al-Din'..

Allah berfirman..


Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar, dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab yang pedih. 
Surah al-Israa' : 9 - 10