IBADAH DITOLAK ALLAH SWT
Pada suatu hari, seorang lelaki bertanya kepada Muaz bin Jabbal : "Apakah hadis2 yang tuan pernah dengar daripada rasulullah saw?".. Muaz pun terdiam sebentar...........kemudian Muaz pun secara tiba2 saja menangis dengan hebatnya, seolah2 tidak akan berhenti lagi tangisnya.. Setelah lama kemudian, Muaz mulai reda dari tangisnya..........dan berdiam diri seketika.. Lalu Muaz pun bercerita... Katanya :"Rasullullah saw pernah bersabda : "Mudah2an akan menjadi kebaikan bagimu jika engkau selalu ingat dan sentiasa AWAS".. Demikian sabdanya.... Lalu Muaz meneruskan kisahnya lagi : "Allah telah menjadikan 7 malaikat, sebelum allah menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.. Pada setiap lapisan langitnya ada pintunya.. Ditugaskan pada setiap pintu langit seorang malaikat yang begitu besar tersergam indah dan hebatnya... Diceritakan :-
- Naik malaikat Hafzoh kelangit pertama membawa amalan seorang hamba yang dilakukan pagi dan petang,, siang dan malam,, bersinar2 cahaya amalannya seperti matahari.. Lalu maikat penjaga pintu langit pertama berkata : " Bawa kembali amalan orang itu,, hempaskan kemukanya !! Allah swt tempatkan aku disini sebagai peneliti dosa orang2 pengumpat,, supaya tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat naik melintasi aku ke atas"
- Datang pula malaikat Hafzoh yang lain, membawa amalan soleh hamba allah yang sangat bersinar2 amalannya itu.. Apabila sampai ke langit kedua,, maka malaikat penjaga pintu langit itu pun berkata : "Berhenti !! Ambil semula amalan itu,, pukulkan kemuka orang yang empunya amalan itu,, kerana bersarang dengan kemukahan dunia,, tidak boleh melintasi aku,, kerana dia bermukah2 dengan amalannya kepada manusia,, mencari keredhoan manusia.." (kerana pangkat,, kerana harta,, kerana wang,, kerana nama,, kerana pujian dan sebagainya)
- Naik pula malaikat Hafzoh yang lainnya lagi,, membawa amalan hamba allah yang bercahaya dan cemerlang dari amalan bersedekah di bulan puasa,, sembahyang yang menakjubkan malaikat Hafzah sendiri.. Apabila tiba dilangit ketiga,, ditahan oleh malaikat penunggu pintu langit ketiga.. Katanya : "Berhenti !! Ambil amalan itu,, pukulkan kemuka tuannya !! Aku malaikat pengawas sifat2 takbur,, tidak membenarkan melintasi aku dengan perintah allah swt kerana amalan ibadahnya takbur,, selalu takbur didalam majlis keramaian..
- Naik pula malaikat Hafzoh yang lainnya kelangit yang ke empat membawa amalan hamba allah yang bersinar2 cahayanya.. Sungguh hebat.. Berdengung2 bunyinya amalan itu yang berisi tasbih,, sembahyang,, haji dan umrah.. Tidak dibenarkan melintasinya.. Lalu bekata malaikat penjaga pintu langit itu : "Berhenti disini !! Tidak boleh lewat dari sini,, aku malaikat penjaga pintu langit ke empat,, diperintah allah amalannya itu dipukul kebelakangnya dan diperutnya.. Kerana aku malaikat peneliti sifat ujub.. Dia sangat ujub dengan amalannya.. (merasa bangga kerana banyak amalan hingga menghairankan dirinya sendiri)
- Naik lagi malaikat Hafzoh lainnya membawa amalan hamba allah swt.. Apabila tiba dipintu langit ke lima,, dilihat oleh malaikat penjaga pintu langit kelima itu bahawa malaikat Hafzoh membawa amalan seperti 'berarak pengantin perempuan dengan hebatnya'.. Lalu malaikat penjaga pintu langit itu berkata.. "Berhenti !! Pukulkan amalannya itu kemuka tuannya,, ke tengkuknya,, kebahunya..!! Aku malaikat pengawas sifat2 dengki manusia.. Tidak akan membenarkan orang2 yang hasad dengki amalannya itu dinaikkan melintasi aku dilangit ke lima ini..
- Malaikat Hafzoh yang lainnya pula membawa naik amalan hamba allah mengadap tuhannya.. Lalu ditahan oleh malaikat penjaga langit ke enam : " Berhenti !! Ambil amalannya itu,, palukan ke muka tuannya.. Kerana dia tidak bersifat Rahim sesama manusia..(orang ditimpa bala,, dia hanya suka melihatnya saja) Aku malaikat Rahmat sentiasa meneliti sifat rahim manusia.. Allah perintahkan kepada ku supaya jangan membiarkan amalan hamba yang tidak bersifat rahim naik ke atas..
- Naik pula malaikat Hafzoh lainnya hingga kelangit ke tujuh.. Membawa amalan hamba allah yang indah cemerlang bersinar2 seperti matahari diiringi oleh tiga ribu malaikat.. Hendak meliwati langit ketujuh.. Maka ditahan oleh malaikat pengawal pintu langit itu seraya berkata : "Berhenti !! Palukan amalan itu kemukanya dan segala anggota badannya dan tutupkan pintu hatinya dengan amalan itu.. Aku diperintahkan oleh allah melarang orang yang begini amalannya meliwati dari langit ke tujuh.. Kerana amalannya menghendaki pujian dari ahli2 ilmu (ulama fuqaha').. Supaya dia disebut termasuk dalam golongan ulama fuqaha'.. supaya mashur namanya.. Kerana amalannya itu tidak ikhlas kerana allah,, riya' kepada manusia,, allah tidak melihat amalan orang2 yang riya'..
- Naik pula malaikat Hafzoh yang lainnya lagi dengam membawa amalan hamba allah yang soleh,, dari sembahyangnya,, zakatnya,, haji umrahnya,, solatnya,, waraqnya,, baik dan ikhlas,, berdiam diri,, sentiasa dalam zikrullah,, diiringi oleh malaikat segenab petala langit, kerana kebesaran dan kehebatan amalannya itu sehingga dapat melintasi segenap tujuh lapisan petala langit dan menembusi segala hijab yang amat jauh ditas dari langit ke tujuh terus menuju ke hadrat allah swt.. Lalu mereka sekaliannya berhenti dihadapan allah menjadi saksi atas amalan orang soleh itu kerana ikhlasnya.. Allah berfirman "Kamu semua penjaga amalan hamba2 ku sedangkan aku pengawas atas dirimu.. Sebenarnya amalannya bukan kerana keredhoanku,, hanya lain yang dicarinya,, maka aku laknatkan keatasnya.." Dan semua malaikat pun turut melaknatnya pula bersama allah swt.. Dan dilaknat pula oleh tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dengan segala isinya..
0 Responses to "IBADAH DITOLAK ALLAH SWT"
Leave A Comment :